Tawaran Pakatan Harapan “untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka Felda yang tidak wajar” sangat melucukan. Apa hutang yang tidak wajar?
Apabila menang nanti mereka akan membuat bermacam dalih dan kalih untuk menjustifikasikan kewajaran hutang. Mana mungkin DAP akan setuju penghapusan hutang secara besar-besaran membabitkan 90% orang Melayu.
Pada 2012 Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk melaksanakan projek Perumahan Generasi Kedua FELDA (PGKF) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Upacara pecah tanah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampai sekarang tanah sahaja yang pecah.
Inilah bentuk harapan palsu Pakatan.
Mungkin kerana memboikot berita Najib Razak, mereka tidak sedar Perdana Menteri telah mengumumkan pelupusan hutang saham FGV peneroka Felda pada Julai 2017.
Inilah baru betul kerajaan rakyat. Umum atau janji sesuatu yang pasti bukan retorik politik semata-mata.
In sha Allah dalam manifesto Barisan Nasional nanti banyak lagi janji ditepati akan dikemukakan kepada rakyat termasuk peneroka Felda.
Nota: Umum nama pembuat manifesto hebat-hebat namun hasil semua ketinggalan zaman. ?
Rujukan: