SIBU, Aug 13 (Bernama) — Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh hari ini menemeui lebih 100 Ketua rumah panjang dan pengikut mereka dan sekali lagi menyatakan penghargaan dan rasa terhutang budi kepada pengundi Bumiputera.
Wong dari Sarawak United People’s Parti (SUPP) berkata beliau tidak mungkin mengekalkan kerusi Bawang Assan pada Pilihanraya Negeri April lalu tanpa sokongan padu daripada pengundi Bumiputera
Wong yang menang empat penggal di kerusi berkenaan merupakan salah seorang dari 2 orang calun China dari SUPP yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.
“Saya merasa amat yakin Bawang Assan akan menjadi kubu kuat BN pada piliharaya parlimen akan datang” Kata Wong.
Sebelum itu Wong telah menyampaikan sumbangan 96 unit alat penimbang kepada 96 ketua rumah panjang.
Alat penimbang yang bernilai RM15,00 adalah untuk kegunaan petani dan nelayan dirumah panjang berurusan dengan peraih yang membeli hasil pertanian dan tangkapan ikan.
Wong juga bercadang menubuhkan koperasi peladang bagi mebantu memasarkan hasil pertanian mereka.