#RinduZamanTun #BinaSemulaNegara #SelamatkanMalaysia
Hakikatnya; Kerajaan Malaysia tidak akan bankrupt walaupun sekiranya hutang kerajaan mencecah RM1 trillion sekalipun selagi mana hutang-hutang kerajaan itu adalah dalam matawang Ringgit Malaysia.
Tapi kenapa Mahathir menakut-nakutkan rakyat mengatakan kononnya hutang Kerajaan Malaysia bukanlah RM690billion, sebaliknya RM1 trillion dan kononnya Kerajaan Malaysia bakal bankrupt sekiranya Najib terus menjadi PM?
Adakah jawapannya kerana Mahathir dan Daim ingin kembali kepada polisi lama mereka iaitu menurunkan hutang kerajaan dengan melaksanakan dasar penswastaan yang hanya mengkayakan kroni dan anak beranak beranak mereka?
Sila baca fakta di bawah ini;
Hutang kerajaan Malaysia berbanding Gross Domestic Product / Keluaran Dalam Negara Kasar (Government Debt to GDP ratio) yang paling tinggi dalam sejarah negara dicatat pada paras 103.4% pada tahun 1986 iaitu semasa era pemerintahan Dr. Mahathir bin Mohamad https://www.ceicdata.com/en/indicator/malaysia/government-debt–of-nominal-gdp
Walaupun saiz ekonomi negara adalah kecil ketika itu, dan dengan hutang kerajaan Malaysia yang relatif tinggi iaitu pada 103% berbanding GDP, tetaplah kerajaan Malaysia tidak akan bankrupt selagi mana hutang hutang itu dalam matawang RM.
Hutang kerajaan Malaysia berbanding GDP berkurang dengan mendadak daripada paras 75% pada tahun 1990 kepada 30% sahaja pada tahun 1997 bukanlah kerana hasil kutipan cukai.(http://www.imf.org/external/datamapper/GGXWDG_NGDP@WEO/MYS)
Kenapa tidak mungkin penurunan dalam tingkat hutang Kerajaan Malaysia antara tahun 1990-1997 ini datang dari hasil cukai kerajaan?
Ini kerana pada tahun 1990an negara mencatatkan imbangan akaun semasa negatif (Current Account Negara pada posisi negatif), iaitu hampir sepanjang Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan nilai Import adalah lebih tinggi dari nilai Export (import melebihi export). Tidak seperti sekarang yang mana negara mencatatkan akaun semasa positif kerana nilai Export lebih tinggi dari nilai import.
Jadi, bagaimanakah hutang Kerajaan Malaysia diturunkan pada tahun 1990-1997 dulu?
Jawapannya adalah Mahahtir menurunkan
hutang kerajaan dengan projek penswastaan, iaitu dengan menjual segala macam aset aset negara kepada kroni. ( baca: Neo liberalism)
Jadi persoalannya adalah, adakah tujuan PM Pakatan Harapan menakut nakutkan rakyat dengan berkata kononnya negara bakal bankrupt (yang pada hakikatnya tidak mungkin) sebenarnya punya tujuan lain?
Apabila rakyat takut dan mahukan hutang kerajaan diturunkan maka resepi sama akan digunakan?
Iaitu kembali kepada polisi penswastaan yang terbukti hanya mengkayakan kroni kapitalis dan merugikan rakyat.
Mungkinkah dalam fikiran PM, rakyat yang ketakukan negara akan bankrupt juga akan pasrah jika kerajaan ‘terpaksa’ menjual segala aset-aset negara, menjual infrastruktur milik rakyat dan melelong syarikat-syarikat milik kerajaan kepada kroni-kroni dan anak beranak pemimpin politik? Seperti yang mereka pernah lakukan sebelum ini?
Dari mana kroni kroni beliau mendapat wang membeli aset aset kerajaan?
Dari duit sendiri?
Tentulah TIDAK, sebaliknya daripada berhutang dengan bank-bank komersil, jadi sekiranya kroni-kroni rugi, untuk tidak menjejaskan sektor perbankan, maka kerajaan akan sekali lagi terpaksa membailout kroni kroni ini daripada bankrupt.
Maka skrip lamapun berulang kembali.
———–
Sebenarnya tingkat hutang isi rumah yang tinggi adalah merbahaya pada ekonomi negara ketika ini, tapi tiada satupun ahli politik Pakatan Harapan berbicara berkenaan isu ini, sebaliknya mereka menjaja seolah olah hutang kerajaanlah yang paling bermasalah.
https://pakdin.my/tag/muflis/
https://pakdin.my/tag/bankrap/
FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib