#MalaysiaMemilih #PakatanPHitnah #FaktaBukanAuta #NajibNomics #PenyamunForex #ManipulasiHutangNegara
Mahathir baru saja berkata bahawa Malaysia tidak akan menuju kearah kebankrapan kerana ada “penjimatan besar” dari beberapa institusi kerajaan, terutamanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang boleh digunakan untuk membantu ekonomi pulih sekiranya berlaku krisis.
https://www.kinitv.com/video/62133O74
“Saya tak fikir di bawah kerajaan ini (PH), negara akan muflis.” katanya dalam sidang media secara langsung dari Tokyo, Jepun di mana beliau menghadiri Persidangan ‘Future of Asia’ yang dianjurkan oleh Nikkei. Mahathir menjawab soalan sama ada Malaysia mungkin mengalami krisis kewangan berkaitan hutang dan liabiliti RM1 trilion.
Adalah benar bahawa hutang kerajaan rasmi adalah RM681 bilion sekarang, iaitu RM380 bilion lebih daripada hutang RM300 bilion pada tahun 2008 sebelum kerajaan Najib berkuasa.
Tetapi apa yang Mahathir lupa memberitahu kita ialah kekayaan atau aset Khazanah, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas sahaja telah meningkat sebanyak RM400 bilion antara 2008 hingga akhir 2017 – lebih daripada peningkatan hutang kerajaan.
Antara 2008 hingga 2017:
– Rizab bersih BNM (tidak termasuk FOREX) meningkat daripada RM31.7b kepada RM136.8b.
– Aset bersih Petronas meningkat dua kali ganda daripada RM223.4b kepada RM432.4b. Lebih penting lagi, Petronas kini memiliki TUNAI sebanyak RM164.7b yang berkali lebih besar berbanding sebelum ini.
– Nilai Bersih Khazanah meningkat daripada RM31.7b kepada RM136.8b.
BNM, Khazanah dan Petronas semuanya 100% dimiliki oleh kerajaan oleh itu kerajaan boleh menggunakan wang mereka pada satu-satu masa untuk membayar hutang negara jika mereka mahu. Ini hanya 3 aset – tidak mengira aset dan dana lain yang dimiliki oleh kerajaan.
Lebih menarik lagi, kekayaan rakyat semakin meningkat.
Antara 2008 hingga 2017, dana PNB meningkat lebih daripada dua kali ganda daripada RM120b kepada RM280b manakala dana KWSP meningkat daripada RM340b kepada RM815b.
Ini bermakna kekayaan rakyat dalam kedua-dua dana sahaja meningkat hampir RM700b – dari RM400b hingga RM1,095b
Pada asasnya, Mahathir hanya mengakui hari ini bahawa Malaysia tidak pernah berada dalam situasi bahaya untuk muflis dan ia hanya menjadi bahan pembohongan sebelum GE14, yang juga akan dijadikan alasan yang baik untuk tidak melaksanakan janji-janji Manifesto mereka yang tidak realistik selepas GE14.
Walau bagaimanapun, mari kita berdoa kerajaan baru Mahathir ini tidak akan songlap duit KWSP untuk tujuan ‘bail-out’ seperti yang pernah dilakukannya berkaitan skandal timah MAMINCO dan skandal Forex BNM.
—————
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/hutang-negara
https://pakdin.my/tag/maminco
https://pakdin.my/tag/forex
https://pakdin.my/tag/kwsp