1. Demi menutup segala kegagalan dan kelemahan pentadbiran semasa, maka kerajaan menyajikan hiburan kepada rakyat dengan sinetron ‘Harta Karun UMNO.” Pelakon-pelakonnya adalah DS Najib, DS Rosmah, DS Zahid, DS Azeez Rahim, DS Shafee Abdullah dengan plot penangkapan, soal siasat selama berbelas-belas jam, rampasan barangan mewah dan 1001 pertuduhan yang belum dibuktikan.
2. Maka bertepuklah para penonton dengan suka cita. “Hebat kerajaan sekarang! Tangkap penyamun! Kita menuju Malaysia baru! Bebas korupsi!” Dan segala macam teriakan dan euforia dari drama yang disajikan oleh sang sutradara, anda tahu siapa. Kemuncaknya pada hujung tahun nanti UMNO akan diharamkan. Maka sekali lagi para penikmat sandiwara akan berarak di jalanan melaungkan rasa gembira kerana parti politik yang ‘paling zalim’ telah dilenyapkan.
3. Mereka terlupa selama 60 tahun hidup, dengan izin Allah SWT, UMNO telah membuat dasar yang mengubah nasib mereka. Anak petani dan orang kampung mampu menjadi doktor, peguam dan jurutera. Mereka terlupa selama 60 tahun bangsa majoriti telah mendapat pelbagai keistimewaan yang menaikkan darjat dan taraf hidup. Mereka terlupa selama 60 tahun Islam telah didaulatkan sambil agama-agama lain tetap berdampingan secara harmoni. Bahkan sejak 10 tahun terakhir yang penuh kegetiran, rakyat dari pelbagai kalangan menikmati bantuan tunai BRIM, elaun nelayan, petani, penoreh getah dan gaji penjawat awam yang dinaikkan. Walaupun akhirnya, banyak nikmat yang lenyap setelah 5 bulan tertipu dengan janji-janji palsu.
4. Nak bicara soal money laundering, harta melimpah ruah, kamu lihatlah Tun Mahathir, anak-anaknya yang bertaraf billionaire dan cucu-cucunya yang bagaikan selebriti. Kamu lihatlah kekayaan pemimpin DAP dengan segala macam perniagaan gelap dan pusat maksiat yang mereka miliki. Adakah DS Anwar Ibrahim dan keluarganya juga miskin melarat? Tanyalah mereka dari mana kekayaan itu semua didapatkan.
5. Esok mungkin DS Zahid Hamidi akan didakwa di mahkamah sesuai dengan arahan sang sutradara. DS Mahadzir Khalid disebut akan menjadi sasaran berikutnya. Maka UMNO perlu segera memantapkan jentera bagi menghadapi plot sinetron yang sedang ditayangkan. Jika UMNO benar-benar diharamkan, adakah barisan peguamnya telah bersedia untuk menghalang sebarang rampasan harta benda? Ingat, regim yang sama pernah rampas harta benda ‘UMNO lama’ sewaktu ia diharamkan pada tahun 1987. Carilah video luahan hati Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Adakah Timbalan Presiden, Tok Mat Hassan bersedia memegang kemudi?