UMNO telah membuat keputusan bahawa pemimpinnya yang didakwa selepas pilihan raya ini tidak akan hilang jawatan dalam parti atas sebab:
1. UMNO bukan lagi parti pemerintah yang boleh dituduh mempengaruhi sistem kehakiman.
2. Terdapat angin kuat bahawa kerajaan Tun Mahathir akan mendakwa sebahagian pemimpin tertinggi UMNO bagi melumpuhkan parti.
Justeru Ahmad Zahid Hamidi perlu kekal sebagai Presiden UMNO dan dibenarkan menjalankan tugas yang telah diamanahkan sehingga tamat penggal pentadbirannya.
Beliau hanya didakwa bukan telah diputuskan bersalah dan menjalani apa-apa hukuman.
Justeru tiada sebab untuk Majlis Tertinggi hendak membuat sebarang mesyuarat khas membincangkan kedudukannya dalam parti.
Jika kita terikut rentak kerajaan maka UMNO akan mempunyai Presiden baharu setiap dua bulan.
……………