Jabatan Statisik Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) untuk bulan September 2018,
Indeks ini memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun “leading indicator”.
Maksudnya, bacaan indeks untuk September menggambarkan keadaan ekonomi untuk suku pertama tahun depan.
Laporan Jabatan Statistik menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 4 dari 5 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga September berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu.
Lebih membimbangkan ialah angka penyusutan ini nampaknya semakin menjunam untuk tiga bulan yang terakhir.
Dari bulan Januari sehingga April, indeks yang sama menunjukkan kenaikan untuk setiap bulan.
Berdasarkan laporan Indeks ini, Jabatan Statistik telah membuat rumusan bahawa prestasi ekonomi negara akan semakin lembab untuk bulan-bulan yang akan datang dan bagi tahun depan.
Ini bukan Najib yang kata tetapi Jabatan Statistik Negara yang cakap.
Saya risau dengan pengurusan dan halatuju ekonomi negara kita sekarang.
Yang semakin naik sebelum PRU, tiba-tiba berubah semakin menurun.
Ini ekonomi Malaysia, bukan ekonomi Hong Kong. Sila jaga baik-baik dan jangan tidur.
Rujukan:
PENUNJUK EKONOMI MALAYSIA: INDEKS PELOPOR, SERENTAK & SUSULAN
SEPTEMBER 2018
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=SGI5QXNsOEpXZ3NHNXhuRnFpcjg3Zz09