Kerajaan mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu mengurangkan harga barang sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu mengutip keuntungan sebanyak RM21 bilion setahun sahaja berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.
Menurutnya, disebabkan itu kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bilion setahun.
“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.
“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa menyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching di sini, semalam.
#BuktiBukanSekadarJanji
#UndiBarisanNasional
#ManifestomatoPhDAP
…..
Laporan PRK DUN Semenyih