Semalam 2 peristiwa berlaku. Pertama perarakan sekumpulan aktivis ‘Women March’ memperlihatkan betapa beraninya golongan LGBT menuntut hak kebebasan mengamalkan cara hidup songsang. Haiwan pun boleh terkejut dengan tuntutan mereka.
Selang beberapa jam selepas itu pusat pentadbiran negara, Putrajaya dan sekitar lembah Klang pula dilanda hujan ribut yang kuat dan menakutkan.
Mungkin ramai orang yang akan beranggapan bahawa ini adalah suatu kebetulan dan tiada kaitan di antara satu sama lain.
Bagi segolongan pihak berpendapat ini adalah peringatan daripada Allah, bila bala ditakdirkan, ia tidak hanya melibatkan golongan yang bersalah tetapi juga pihak lain.
Rujukan:
Laungan tuntutan hak kebebasan LGBT secara terbuka di Kuala Lumpur
https://pakdin.my/laungan-tuntutan-hak-kebebasan-lgbt-secara-terbuka-di-kuala-lumpur/
Golongan LGBT ada hak di Malaysia asalkan tidak amal secara terbuka – Wan Azizah
https://pakdin.my/golongan-lgbt-ada-hak-di-malaysia-asalkan-tidak-amal-secara-terbuka-wan-azizah/
……………….
PUTRAJAYA: Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, petang tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata kejadian ribut disertai hujan lebat kira-kira 30 minit mengakibatkan beberapa kawasan seperti Presint 9 dan Presint 11, terjejas.
Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan jentera bersama 18 anggota tiba di lokasi enam minit kemudian.
Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang. – Ihsan pembaca
“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan di jalan utama.
“Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang.
“Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam ini,” katanya ketika dihubungi.
Gambar dan rakaman video kejadian ribut itu turut dikongsi beberapa pengguna di laman Twitter dan Facebook.
Rujukan: