Pilihan raya kecil (PRK) Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S.Streram, Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, dan dua calon bebas.
Mohamad, juga pemangku presiden Umno merupakan orang pertama menyerahkan kertas penamaan calon sejurus pusat penamaan dibuka di SJK (C) Bandar Sri Sendayan pukul 9 pagi tadi.
Dr Streram yang juga ketua PKR Rembau menyerahkan borang 10 minit kemudian, diikuti suri rumah dan penganjur komuniti dari Port Dickson Mala Rajaram serta Mohd Nor Yasin yang menyerahkan kertas penamaan calon pada pukul 9.15 pagi.
Pusat penamaan calon tutup pukul 10 pagi.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang majoritinya Melayu mempunyai 29,926 pengundi berdaftar; 20,804 daripadanya pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir.
……
Maklumat PRK DUN Rantau
https://pakdin.my/tag/prk-rantau