Mahkamah Tinggi menolak bagi mengenakan perintah mahkamah yang difailkan pihak pendakwaan terhadap kebocoran video prosiding kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim yang mengetuai perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta SRC International itu turut mengingatkan sebarang rakaman video prosiding mahkamah tidak boleh dimuat naik atau dikongsi kepada umum.
Pendakwaraya ad-hoc Datuk V. Sithambaram telah membangkitkan perkara ini dan menegaskan bahawa rekod rakaman CRT hanya boleh didapati dengan prosedur yang ditetapkan bukannya menyebarkan kepada pihak lain atau memuat naik kemana-mana medium.
“Pihak pendakwaraya mahu rujukan berkenaan satu kes video CRT yang dimuatnaik semasa prosiding perbicaraan berlangsung tanpa kebenaran”.
“Semasa menandatangani pengambil alihan rakaman tersebut, kita semua pendakwaraya dan peguambela mengetahui bahawa CRT tersebut tidak boleh disalin semula”.
“Kami berharap arahan Mahkamah untuk menyekat pihak ketiga daripda memuat naik vidoe CRT tanpa kebenaran”, katanya semasa perbicaraan hari Keenam.
Bagaimanapun, Peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tidak bersetuju dan berhujah pada awalnya pihak pendakwaraya juga membantah permohonan “gag order” peguam bela pada prosiding kes ini.
“Jika mereka tidak membantah, isu ini telah diselesaikan sejak dari awal lagi” katanya lagi.
Shafee juga berkata sebagai contoh, penyebaran rakaman prosiding Mahkamah adalah amalan biasa di Mahkamah United Kingdom dan salinan video boleh didapati di Arkib Negara.
Sithambaram bagaimanapun bertegas bahawa penyebaran video itu adalah salah dan menyebabkan integriti Mahkamah terkesan.
Jumaat lalu rakaman video Hari Kelima Perbicaraan Najib berdurasi dua minit dan 12 saat memaparkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee menyoal siasat saksi tular di media sosial.