Sepanjang tempoh larangan merokok bermacam kajian telah dijalankan mengenai merokok ditempat awam kecuali kajian mengenai pengurangan pelanggan akibat dari arahan tersebut.
………………..
Kementerian Kesihatan melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan sehingga akhir tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi peluang yang secukupnya kepada perokok untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok.
Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu terdiri daripada 10 kementerian dan satu wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan yang telah dipengerusikannya pada 16 April lalu, turut bersetuju dengan cadangan pelanjutan tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan.