Sebagai seorang Islam, saya tetap menerima semua ini sebagai takdir ALLAH yang mengatasi segalanya. Setiap sesuatu itu ada dalam genggaman rahsia Tuhan yang maha mengetahuinya. Hakikat tetap hakikat kerana apa yang saya lalui ini tidak mungkin dapat diselami dan difahami oleh semua
Saya berani bersumpah atas nama ALLAH Yang Maha Kaya, yang Maha Berkuasa bahawa, sepanjang saya menjadi perdana menteri, saya bersyukur atas rahmat yang dikurniakan itu untuk mencurahkan yang terbaik kepada rakyat, sejujurnya tiap satu apa yang saya usahakan siang dan malam adalah demi kasih saya kepada rakyat dan saya telah cuba lakukan yang terbaik
Bak kata Buya Hamka Ulama Tersohor Nusantara … “Inilah dia putaran hidup, yang tidak selalunya sentiasa manis bahkan pertengahan antara pahit dan manis.’’ Alangkah benar kata-kata itu.
Maka itu, saya akur dan redha dengan ketetapan dari ALLAH SWT. Oleh itu saya redha dan cuba terus memperkuatkan diri untuk menerima dugaan ALLAH yang saya anggap paling besar pernah saya hadapi
Apapun saya yakin, ALLAH pasti menghitung setiap amal kita, walau sebesar zarah sekalipun. kerana Janji ALLAH itu pasti.
Kepada ALLAH SWT saya berserah dan kepada nya jua saya memohon pertolongan.
Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak