Saya terima banyak maklumat bahawa PH, terutama dari DAP sendiri yang tak setuju dengan debat antara Kit Siang dengan saya.
Sudah tengok ada langkah-langkah yang sudah dimulakan untuk batal debat ini.
Mereka meluahkan kebimbangan Kit Siang mungkin tersungkur kalah dalam debat ini.
Ada juga yang bimbang bahawa saya akan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar untuk Kit Siang tangkis dan banyak propaganda PH akan dibuktikan sebagai pembohongan dan fitnah.
Tetapi, PH sepatutnya menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Kit Siang kerana dia sudah jadi bos DAP lebih dari 50 tahun.
PH juga perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun dipaksa untuk menonton debat ini dan debat ini tidak akan menggunakan sebarang wang Rakyat.
Dalam semangat demokrasi dan ketelusan, biarlah debat ini diteruskan dengan tajuk yang dicadang oleh DAP dan sudahpun dipersetujui oleh saya.