Joget lah… Apa lagi 😂 😂
Hari ini tercatat satu sejarah dalam dunia korporat dimana pemegang saham terbesar FGV iaitu Felda, KPF dan LTAT mengundi untuk tidak meluluskan sebarang elaun dan imbuhan buat kepada semua mereka.
Datuk Azhar dalam respon spontan kepada pemberita menyatakan ianya sesuatu yg pelik, dimana mereka mau kita buat kerja tanpa gaji. Ada juga suara mengatakan ‘ if you pay peanuts, you get monkeys’.
Tetapi apa sebenarnya yang berlaku dan tersirat sehingga berlaku keputusan ini?
Sebenarnya pemegang saham FGV terutamanya Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) amat kecewa dengan Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Hamid yang bertindak sesuka hatinya tanpa memikirkan bahawa FGV ditubuhkan bagi membantu ekonomi peneroka dan Felda.
Azhar bertindak keluar dari bangunan Felda kerana malu dibayangi imej Felda dan peneroka. Azhar tidak langsung menghormati Felda dan KPF dengan menyatakan mereka sama saja seperti pemegang saham biasa, setaraf dengan Ahmad, Ah Chong dan Ramasamy yg memegang saham FGV.
Azhar dan ahli lembaga FGV tidak ada roh Felda. Mana tidaknya, ahli lembaganya bukan semua orang melayu dan kebanyakannya bermaustautin diluar negara.
Mereka akan balik bila ada mesyuarat lembaga sahaja.
Apabila Felda dilanda masalah kewangan, Azhar langsung tidak bersimpati dengan menghulurkan bantuan malahan menjauhkan diri.
Betapa kecewanya peneroka dan Felda yg mengharapkan dividen dari FGV tetapi Azhar bertindak sengaja membuatkan FGV rugi dan meletakkan kerugian itu ke bahu pengurusan dahulu. Dia lupa bahawa dia telah berada di FGV lebih dua tahun.
Azhar melantik semua kroninya dari MRT samada dalam lembaga pengarah maupun pengurusan tertingginya. Pengurusan tertinggi sentiasa mencari jalan untuk menjaga kepentingan FGV sahaja tetapi mengenepikan kepentingan Felda dan FGV. Kesemua diatas merupakan segelintir onak yang ditabur Azhar.
What’s next? Itu persoalannya sekarang. Didalam dunia korporat, mesyuarat AGM merupakan badan tertinggi dalam syarikat. Ahli Lembaga Pengarah jatuh nombor dua. Suka tidak suka, pelik atau tidak, bodoh atau pandai, dihargai atau tidak, keputusan yang dibuat oleh pemegang saham dalam AGM perlu dihormati. Apakah Azhar tidak boleh membaca mesej yang dihantar oleh Felda dan KPF itu?
Ya, mesejnya ialah: Azhar dan semua ahli lembaga pengarah FGV, silalah meletakkan jawatan dengan serta merta. Kami tak mau orang seperti kamu semua.
……….
Pemegang saham tolak resolusi pembayaran yuran Pengarah FGV
Pemegang saham FGV Holdings Bhd (FGV) menolak tiga resolusi membabitkan pembayaran yuran Pengarah pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 (AGM) syarikat berkenaan, hari ini.
Resolusi berkenaan adalah meluluskan pembayaran yuran Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018; meluluskan pembayaran sebahagian yuran Pengarah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020 dan meluluskan pembayaran faedah-faedah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020.
Selain itu, usul yang turut ditolak adalah membabitkan pemberian kuasa kepada Pengarah untuk mengumpulkan saham dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016.
Sebanyak 12 resolusi dikemukakan pada mesyuarat berkenaan.
Dalam sidang media selepas AGM itu, Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berkata penolakan usul berkenaan dibuat oleh pemegang saham terbesar FGV iaitu FELDA serta Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
FELDA memiliki pegangan terbesar dalam FGV dengan 33.7 peratus saham.
Mengulas mengenainya, Azhar berkata, AGM kali ini disifatkan sebagai bersejarah kerana resolusi berkaitan pembayaran yuran Pengarah tidak diluluskan.
“Bagaimanapun, pemegang saham meluluskan semua resolusi berkaitan pemilihan semula lembaga pengarah.
“Ia seakan memberi petunjuk mereka mahu kami bekerja tetapi tanpa sebarang bayaran. Ingin saya tekankan di sini bahawa tiada sebarang kenaikan yuran Pengarah dan jumlahnya masih sama dengan sebelum ini.
“Saya benar-benar tidak tahu apa asas kepada penolakan ini,” katanya di sini.
Ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan berikutan penolakan resolusi berkenaan, Azhar berkata ia sama sekali bukan pilihan yang akan dibuat.
“Kami (lembaga pengarah) adalah barisan yang datang untuk menerajui syarikat bukan kerana bayaran yang diterima.
“Kami memikul tanggungjawab ini dengan pemahaman penuh mengenai cabaran yang ada dalam FGV. Kami sanggup berhadapan dengan kesusahan untuk meneraju syarikat demi memulihkannya,” katanya.
Tambahnya lagi, syarikat perlu mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan bagi langkah seterusnya.
“Keputusan itu perlu dibuat dengan minda yang rasional dan kami perlu memberi kefahaman mengenai apa yang telah berlaku.
“Mungkin kami perlu mengadakan beberapa rundingan dengan pihak yang terbabit dan sebarang keputusan akan diberitahu kelak,” katanya. – BH Online
Video Joget Hari Raya FGV Holdings Tular Di Media Sosial
https://pakdin.my/video-joget-hari-raya-fgv-holdings-tular-di-media-sosial/