JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) menerima aduan mengenai perkara yang melanggar hukum syarak oleh kumpulan yang tinggal di penempatan di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor.
Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima aduan mengenai cara kehidupan bermasyarakat oleh kumpulan berkenaan yang tidak lazim dengan kehidupan Islam secara umum.
Katanya, akan tindakan susulan akan diambil berikutan penahanan mereka oleh pihak polis hari ini.
“Ia berikutan aduan yang Jais terima berkaitan perkara yang berlanggaran dengan hukum syarak.
“Selain itu cara kehidupan bermasyarakat kumpulan ini juga tidak lazim dengan kehidupan masyarakat Islam lain secara umum,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Harian Metro melaporkan seramai 234 individu termasuk bayi ditahan polis di sebuah kawasan penempatan di Ulu Rening, Batang Kali, hari ini.
Kumpulan terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi yang dipercayai membuat penempatan dengan membina khemah di dalam hutan dan atas bukit di kawasan berkenaan.
Polis yang menerima maklumat menjalankan risikan dan menyerbu kawasan itu kira-kira 4 petang tadi.
Berita berkaitan: