Tindakan pihak berkuasa agama membawa media ketika membuat serbuan khalwat terhadap pasangan kekasih melakukan maksiat di dalam bilik hotel ditegur.
Pengasas Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (Maju) Siti Kasim mempersoalkan keperluan membawa media bersama-masa dalam serbuan tersebut.
“Anda melihat bagaimana pihak berkuasa agama ini bahkan membawa media semasa serbuan mereka? Untuk apa? Untuk menghebahkan apa?” tanya Siti Kasim.
Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dalam satu serbuan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah motel di Bedong, Kedah, pada Khamis.
Pasangan kekasih itu dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan. Mereka antara yang ditahan kerana berkhalwat dalam bilik hotal oleh JAIK.
Pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi Khamis bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.
“Mengapa sebagai orang Melayu kita membiarkan orang yang disebut sebagai agamawan ini mengawal dan memaksa bagaimana kita menjalani kehidupan kita” Membenarkan mereka menghukum kita dengan teruk apabila tidak ada mangsa?
“Sesiapa sahaja mahu dikawal, teruskan. Ramai di antara kita tidak! Sudah tiba masanya kita bangkit dan mempersoalkan tindakan mereka,” kata Siti Kasim.
Peguam itu menjelaskan, apa yang dilakukan secara tertutup adalah urusan mereka.
“Mengapa sebilangan orang Melayu suka hidup mereka dikawal seperti ini? Masa untuk bangkit! Apa yang anda buat secara tertutup adalah urusan anda! Sekiranya anda telah berdosa, anda menjawab kepada Tuhan,” kata Siti Kasim dalam satu hantaran di Facebooknya.
https://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2020/07/siti-kasim-JAIK.jpg