JOHOR BAHRU: Ahli keluarga suspek ahli Jemaah Islamiyah (JI) yang membuat serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini tidak bergaul dengan penduduk setempat.
Tinjauan di kawasan rumah keluarga terbabit yang terletak di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, hanya tujuh kilometer dari balai terbabit.
Hasil pemerhatian mendapati kawasan kediaman keluarga ini berada dalam kawasan persendirian yang berpagar dengan papan tanda larangan masuk di hadapan.
Dianggarkan kira-kira lebih 10 rumah di dalam kawasan terbabit.
Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41, berkata kejadian itu merisaukan penduduk setempat.
“Saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung,” katanya.
Sementara itu penduduk kampung, Fauzi Faizal, 39 berkata suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik, tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya.
Penempatan itu dipercayai wujud sejak 20 tahun lalu dan dianggarkan terdapat 18 keluarga di situ, selain penempatan mereka agak terpencil serta sentiasa dipantau pihak berkuasa.
“Dipercayai mereka adik-beradik tidak mendapat ajaran pendidikan yang formal dan dididik bapa mereka sendiri.
“Penduduk memang bimbang apabila suspek duduk di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku,” katanya yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram.
BACA juga: