Kes Dera Ellysha Natasha: Suspek Direman Tujuh Hari (video) - pakdin.my

Ellysha Natasha mangsa dera

KUCHING: Seorang kakitangan sekolah ditahan pada Jumaat berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dipercayai akibat didera sehari sebelum itu, kata Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata suspek berumur 46 tahun itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kanak-kanak itu direman tujuh hari manakala mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui pada Ahad.

“Jenayah ini amat menyedihkan dan bagi saya ini perbuatan orang tidak siuman. Polis masih menyiasat untuk menentukan sama ada suspek mengambil dadah atau tidak siuman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM di Padang Merdeka di sini Ahad.

Kejadian itu diketahui pada 9.45 malam Khamis lepas apabila polis menerima laporan tentang kematian mangsa di Hospital Simunjan.

Siasatan awal mendapati ada bekas gigitan pada tubuh kanak-kanak itu serta pendarahan di kemaluannya, menimbulkan syak bahawa kanak-kanak itu mungkin telah didera secara seksual.

Difahamkan mangsa tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya yang merupakan staf di sebuah sekolah di sini.

Mangsa merupakan murid prasekolah manakala ibunya dikatakan bekerja di Serian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh, kata Muhammad Sabtu.


 

Suasana Pilu Menyelubungi Keluarga Ellysha Natasha Kanak-kanak Mangsa Dera Di Simunjan

Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Umum Sarawak pagi tadi.

Suasana kecoh seketika apabila ahli keluarga tidak dapat menahan sebak.

Menurut nenek mangsa, cucunya Ellysha Natasha terpaksa dijaga bapa saudaranya di Simunjan memandangkan ibunya, Norliza Mustafa, 45 tahun bekerja di Kuching sejak setahun yang lalu.

 

Kes Dera Ellysha Natasha: Ibu Saudara Turut Ditahan

Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan 6 tahun yang meninggal dunia dipercayai didera bapa saudaranya Khamis lalu di Simunjan, Sarawak.

Polis kini telah menahan seorang lagi suspek yang juga ibu saudara mangsa pagi tadi bagi membantu siasatan.

UTAMABERITAKes Dera Ellysha Natasha: Suspek Direman Tujuh Hari (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium