Kejadian berlaku pukul 4.15 petang apabila kereta dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke Gemencheh, Negeri Sembilan dikatakan terbabas lalu bertembung dengan kereta Honda Accord dan Perodua Viva dari arah bertentangan.

Tiga daripada mangsa iaitu pemandu dan dua penumpang kereta Proton Wira itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang meninggal dunia di Hospital Tampin.