SEREMBAN: Polis hari ini menafikan lelaki warga Syria bersama keluarganya yang menginap di sebuah hotel di Port Dickson memiliki bom tangan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Adzli Abu Shah, berkata perkara itu setakat ini belum dapat disahkan sehingga lelaki itu berjaya dikesan.
“Berdasarkan kenyataan yang telah kita ambil daripada pekerja hotel berkenaan, ketika lelaki (Syria) itu membuat pendaftaran keluar, dia (pekerja) telah diarahkan melakukan pemeriksaan rutin di dalam bilik ketika pelanggan membuat pendaftaran keluar.
“Ketika itulah dia ternampak sebuah beg di bawah katil dan apabila dibuka ternampak barang menyerupai bom tangan.
“Dalam masa sama, lelaki (Syria) itu naik semula ke bilik hotelnya untuk mengambil beg berkenaan.
Dia bukan tinggalkan beg itu di bawah katil dan barang di dalam beg itu yang dikatakan bom tangan juga belum dapat kita pastikan lagi,” katanya kepada ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan lelaki Syria berusia 30-an bersama keluarganya yang menginap di sebuah bilik hotel berkenaan, adalah pemilik bom tangan yang ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah katil.
Adzli berkata, setakat ini, pihaknya percaya lelaki itu dan keluarganya masih berada di dalam negara dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang dilakukan.
“Kalau kita dapat kesan lelaki berkenaan kita akan minta dia tunjukkan barang tersebut kalau dia kata ia bukan bom tangan,” katanya.
——–
Maklumat awal
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM MILIK WARGA SYRIA DI HOTEL ADMIRAL COVE, PORT DICKSON
Pada 14 Sept 2016 jam lk 1200 bertempat di Hotel Admiral Cove, Port Dickson telah ditemui sebuah objek disyaki bom tangan oleh pekerja hotel ketika proses mengemaskan bilik no 2501 yang di diami oleh seorang lelaki warga SYRIA.
Butiran Saspek
Nama : MR
Passport No : N 00XXXXX
No hp : 013XXXXXXX
Warga : SYRIA
Jenis kenderaan : Proton Saga BLM warna hitam (no plat tak dpt dikesan)
Ringkasan Kejadian
Pada 14 sept 2016 lk jam 1200 saspek telah keluar untuk check out hotel admiral cove setelah menginap selama satu malam. Pada masa yg sama pekerja hotel telah masuk ke dalam bilik bagi tujuan utk mengemas bilik tersebut setelah penginap meninggalkan bilik tersebut. Semasa pekerja tersebut mengangkat tilam telah ternampak sebuah objek yang disyaki bom tangan dan terus memaklumkan kepada pihak pengurusan hotel. Pada masa itu juga, saspek kembali semula ke bilik hotel dan terus mengambil semula objek yang disyaki bom tangan tersebut lalu beredar dr hotel tersebut dengan pantas.
Tindakan
1. Sedang mendapatkan rakaman cctv.
2. Mengesan butiran kenderaan yang digunakan saspek.
3. Mengesan saspek di sekitar kawasan PD.
4. Membuat hebahan melalui gerakan PD kepada anggota ronda untuk mengesan saspek.
Ulasan.
Setakat ini pihak CKPD sedang berusaha utk mengesan saspek di sekitar PD. Tindakan segera perlu dibuat kerana DIKHUATIRI saspek adalah anggota kumpulan IS yng mahu mencetuskan letupan di daerah ini. Warga SYRIA tersebut menginap di Admiral Curve bersama lebih kurang 7 orang (berkeluarga). Bilik penemuan bom tangan tersebut di bilik no 2501 manakala sebuah bilik lain yang telah digunakan mereka ialah di no 2511.