Pemimpin tertinggi PAS akan mengadakan pertemuan dengan wakil Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) hari Selasa ini, demikian menurut Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanpun, PAS masih belum mendapat tarikh pertemuan dengan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Pihak greha (?) telah bersetuju bertemu pada 16 Ogos. Pertemuan akan diadakan pada jam 4petang, tetapi kami tidak tahu bila kami akan bertemu JAIS” Kata Datuk Mustafa Ali.
Mustafa memaklumkan 9 orang wakil dari kepimpinan tertinggi PAS diketuai oleh Timbalan Presiden Parti, Mohamad Sabu kerana Hadi Awang masih lagi berada diluar negara.
Wakil dari PAS termasuk, Mustafa Ali, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mujahid Yusof Rawa. Turut serta Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.
Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan untuk bertemu JAIS dan DUMC untuk mendapatkan gambaran sebenar dari kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu penyiasatan JAIS terhadap DUMC baru-baru ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan tidak di jemput bersama didalam pertemuan tersebut, sebaliknya Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas turut serta didalam pertemuan.