🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan - pakdin.my

Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Katanya, kes yang direkasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih dibawah siasatan IPD Petaling Jaya.

“Pihak kami (Bukit Aman) turun petang ini untuk merencanakan operasi seterusnya bagi mengesan suspek yang masih terlalu awal untuk dirumuskan.

“Siasatan sebelum ini, kita telah melalui lokasi sama (kejadian) dan pada lewat malam hari kedua baru ditemui mangsa di sana.

“Kita boleh rumuskan bahawa mangsa tidak mati di lokasi kejadian. Mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya pada sidang akhbar khas di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kesan kecederaan pada tubuh Zayn, Shuhaily memaklumkan bahawa terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek.

“Kita kesan ada ‘defensive wound’ dan selain itu saya rasa demi menjaga maruah arwah dan keluarga, cukup itu sahaja saya kongsi.

“Dari maklumat kita temukan, Zayn dijangka dibunuh dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui dan dia bukan terbunuh kerana lemas sebaliknya menjurus kepada kesan ‘strangulation’ (kesan cedera pada leher),” katanya.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan suspek terdiri daripada penduduk setempat, Shuhaily tidak menolak kemungkinan individu yang dicari itu merupakan seorang yang tahu selok-belok kawasan perumahan dan tempat mayat mangsa dibuang.

“Kita telah rakam keterangan ibu dan bapa mangsa, dari maklumat yang saya terima itu, lokasi terbabit bukan lokasi pejalan kaki yang digunakan ramai.

“Kita akan ‘backtrack’ siasatan ke lokasi awal kes ini, ini tindakan yang kita akan lakukan sekarang,” katanya.

Sehubungan itu, Shuhaily memohon agar orang ramai yang mempunyai sekecil mana maklumat untuk terus berhubung dengan pihak polis.

Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Tindakan itu diambil susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah. – SETERUSNYA

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium