Pengakuan Tun M: UMNO sudah bayangkan kuasa DAP tadbir negara – Ismail Sabri - pakdin.my

Pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara sedang diperintah bangsa DAP bukan mengejutkan kerana UMNO dan PAS sudah membayangkan perkara ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangkang sebelum ini dilihat seolah-olah cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang Melayu malah dianggap rasis apabila ramai pemimpin kedua-dua parti cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.

“Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana Bangsa DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai ‘puppet’ dan boneka semata,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Semalam Tun Mahathir mengakui bahawa DAP memainkan peranan besar khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.

“Bagi saya ianya tidak mengejutkan. Ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita aitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan-anak-negeri-sabah-sarawak-secara-senyap/

“Jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh DAP,” kata Ismail Sabri.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Timbana Presiden UMNO menegaskan, sama ada Tun Mahathir atau Anwar yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP.

Justeru kata Ahli Parlimen Bera itu, tidak hairan tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan.

Antaranya pelantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang dilihat mesra DAP.

Malah, banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP sama ada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

LIHAT video:
https://youtu.be/7O2Ti2Wh_tk

Rujukan:
Tuan badan mengakui dgn lidah yg fasih bahawa ‘KERAJAAN HARI INI MILIK MUTLAK DAP’. Puashati macai2 dan pengundi PH.
BACA sini: https://pakdin.my/video-dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

Pelan perkukuh kuasa gagal, Mahathir akhirnya pujuk DAP?
https://pakdin.my/pelan-perkukuh-kuasa-gagal-mahathir-akhirnya-pujuk-dap/

UTAMAPOLITIKPengakuan Tun M: UMNO sudah bayangkan kuasa DAP tadbir negara - Ismail...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium