Antara janji 100 hari dalam manifesto PH adalah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat “skandal-skandal” 1MDB, FELDA, Tabung Haji dan Mara.
Tetap sekarang dah 516 hari sejak PRU14, tidak ada satu RCI untuk semua ini diadakan.
Yang Rakyat hanya dapat adalah cerita rekaan dan kertas putih dari pihak mereka – tanpa sebarang peluang untuk pihak yang dituduh menyangkal atau menjelaskan.
Sebaliknya, mereka berulang-kali menolak cabaran dari BN untuk mengadakan RCI untuk semua ini.
Ini dah 516 hari. Kalau mengandung pun dah dua kali mengandung.
Bukan 100 hari seperti yang PH janji dalam hitam putih nak buat dalam manifesto.
Tidak ada RCI. Tidak ada PAC. Tidak ada laporan Audit.
Tidak ada cerita sebenar yang menyeluruh.
Kenapa takut sangat?
Takut kalau buat, propaganda menipu PH untuk tuduh BN akan terkantoi seperti kes “BN rompak RM19.4 bilion duit GST” ke?
Takkan alasan mengapa janji 100 hari ini tidak dapat ditepati juga adalah “Sebab hutang negara RM1 trilion”?
Oleh Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156394596945952/