SETIAP individu mempunyai kisah silam tersendiri yang sering dijadikan panduan untuk hari mendatang.
Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka dinasihatkan supaya tidak membongkarkannya kepada pasangan bagi mengelakkan ia diungkit kemudian hari.
Seperti yang dialami lelaki ini, dia bimbang jika kisah ‘zaman gelap’ kekasihnya diungkit apabila berlaku pertengkaran selepas mereka berkahwin nanti.
“Saya kenal seorang perempuan ni, hampir setahun dan sudah rancang nak kahwin… dia bukan Islam tetapi bersedia untuk tukar agama.
“Perihal hubungan memang baik semuanya cuma dia sudah ‘rosak’. Awalnya saya boleh terima semua tu dan sebelum kenal dia, saya masih suci… tak pernah buat seks dengan mana-mana perempuan.
“Dia pernah tidur dengan lelaki dan hampir 15 orang termasuk saya,” luahnya menerusi Twitter TwtWedding.
Atas dasar tanggungjawab, dia bersedia untuk berkahwin dan mengubah pasangannya itu.
Tambahan pula kekasihnya pernah meluahkan punca kehidupan yang dilalui penuh dengan liku dan masalah.
“Waktu kecil, dia dah lalui benda yang menjjikkan seperti gangguan seksual, dicabul dan diraba selain menjadi salah seorang mangsa rogol.
“Keluarga pun bermasalah, ayah dia tinggalkan keluarga sehinggakan ibunya mengalami kemurungan,” ujarnya.
Disebabkan itu, pemuda yang enggan dikenali ini tidak meninggalkan kekasihnya walaupun mengetahui kisah silam tersebut.
Pun begitu, dia kini berada dalam dilema kerana kadang kala berasa sukar untuk menerima kekasihnya pernah tidur dengan ramai lelaki walaupun keputusan ujian HIV adalah negatif.
“Kau judge dia ‘rosak’ sedangkan kau salah seorang yang rosak dan merosakkan.”
WARGA MAYA
Paling dibimbangi ialah kekasihnya kembali kepada kehidupan lampau dan tidak berubah seperti yang dinyatakan.
“Perkara ni semua bermain dalam fikiran, saya risau apabila dah kahwin nanti dia curang di belakang.
“At the same time, terima dia sebab nampak perubahan positif dalam hidup dia semenjak dia kenal saya contohnya putuskan hubungan dengan semua lelaki yang pernah dia kenal di zaman gelap.
“Dia juga dah tak melayan mana-mana lelaki dan sekarang cuma bergantung dengan saya sepenuhnya kalau nak keluar atau ada masalah,” tambahnya.
Kekasihnya juga menunjukkan minat untuk mendalami Islam serta cuba berpuasa pada Ramadan lalu.
Namun disebabkan hati yang berbolak balik, pemuda ini terfikir untuk memutuskan hubungan.
“Saya sayang dia tapi kadang-kadang fikiran buatkan macam saya tak boleh terima dia. Disebabkan ini, saya jadi overthinking semua berkaitan masa silamnya selain takut akan terungkit perkara yang tak sepatutnya selepas berkahwin,” luahnya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Rara-ratanya mengecam luahan yang dibuat kerana lelaki terbabit seolah-olah mengambil kesempatan ke atas perempuan bukan muslim itu.
Pada masa sama mencipta ‘drama’ seperti dia seorang yang baik berbanding kekasihnya yang telah ‘rosak’.
“Kau judge dia ‘rosak’ sedangkan kau salah seorang yang rosak dan merosakkan. Dia dah nak dapat hidayah, kau pula cuba menjauhkannya… Apa punya perangai ni.
“Suka hati panggil anak orang ‘rosak’ padahal kau kena sedar diri kau pun dah pernah buat benda sama. Jijik dengar kau asyik cakap ‘terima dia’ macam kau ni elok sangat perangai.
“Jantan ni nak kena penampar agaknya. Kau cakap dia rosak while kau pun salah seorang dari orang yang rosakkan dia,” ujar beberapa netizen.
BERKAITAN: