Tuesday, March 5, 2024

🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli- pakdin.my

ORANG RAMAI sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli pakaian dalam yang dikatakan dapat menyerap tenaga badan untuk memastikan pemakainya kekal sihat, selesa dan hangat.

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh @ts.chang723 di laman TikTok, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita telah mula beratur seawal pukul 2 pagi untuk mendapatkan pakaian dalam dari jenama tersebut.

“Semua orang ini sedang beratur untuk beli ‘seamless bra’. Ini bukan ceramah politik tau, ini semua beli coli.

“Kedai belum buka lagi tapi orang dah mula beratur,” katanya dalam video sama.

Menurut Chang, pakaian dalam yang dijual oleh jenama tersebut boleh melepaskan sinaran ‘far-infrared’ pada kulit untuk meningkatkan pengedaran darah.

Tambahnya, ia juga diperbuat daripada sejenis serat yang bermanfaat terhadap kesihatan serta dapat menyerap suhu badan pemakai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok berasa musykil dan tidak percaya sehelai baju dalam boleh membawa pelbagai manfaat dari segi kesihatan.

“Ada doktor cakap barang-barang dari jenama ini palsu. Lagi satu, produknya juga tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Tapi saya pakai stokinnya elok sahaja,” kata Ashlana.

“Selalu ada produk kesihatan macam ini, lepas itu hilang. Dulu pad wanita, gelang tangan ajaib lepas tu batu gunung berapi, sekarang coli pula,” kata Joi.

“Ah, tak kuasa aku nak beratur berebut coli, macam kebulur sangat,” kata Lin.

“Kenapa lelaki pun beratur hendak beli pakaian dalam wanita? Tak faham lah,” kata Sun.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,248 tanda suka dan 117,700 tontonan. – SETERUSNYA

 

UtamaGAYA HIDUPVIRAL🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR