HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023).
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya.
“Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa.
“Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu.
“SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi,” katanya.
Semalam, media melaporkan Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.
………
Berita sebelumnya:
Ahmad Ammar mahu ambil selipar terjatuh
Hulu Selangor: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya.
“Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa.
“Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu.
“SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi,” katanya.
Semalam, media melaporkan Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.
BACA juga:
- [VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor
- Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali
- Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali
- Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali sudah ditemui
- Bayi usia 5 hari maut kemalangan di Batang Kali