JOHOR BAHRU – Dua anggota polis maut, manakala seorang lagi cedera parah disyaki ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi 17 Mei 2024.
Lelaki yang menyerang balai tersebut turut maut akibat ditembak selepas menyerang polis.
Sumber memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2 pagi tadi.
Suspek iaitu seorang lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan.
Tembakan itu mengena salah seorang anggota polis menyebabkannya cedera di bahu serta perut.
Mangsa yang ditembak dikenali sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala yang ditetak pula adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.
Berikut adalah kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
16 Okt 1980: Balai Polis Batu Pahat di Johor diserang sekumpulan ahli kumpulan ajaran sesat menyebabkan seramai 23 individu termasuk 14 anggota polis, petugas dan orang awam cedera.
4 Feb 2001: Balai Polis Guar Chempedak di Kedah diserang sekumpulan individu daripada kumpulan yang terpengaruh dengan pelampau antarabangsa dipercayai cuba merompak senjata api di balai itu sehingga menyebabkan dua anggota polis cedera.
31 Ogos 2017: Balai Polis Pinggiran Subang di Selangor — seorang anggota berpangkat Lans Koperal maut akibat ditembak dari jarak dan ditetak senjata tajam semasa bertugas dalam pekarangan balai berkenaan.
17 Mei 2024: Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru — dua anggota polis maut manakala seorang cedera parah selepas seorang individu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah yang bersenjatakan parang menyerang balai berkenaan.
BACA juga: