Seorang lelaki berusia 40-an maut selepas digilis kereta api Ekspress Senandung Timur, kira-kira pukul 10:50 pagi tadi, di landasan kereta Api Guchil, Kuala Krai, Kelantan.
Ketika kejadian, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Tumpat.
Siasatan awal mendapati, mangsa yang berjalan di tengah landasan, dikatakan tidak beredar walaupun wisel kereta api di bunyikan beberapa kali.Mangsa yang cedera parah di perut, kepala dan putus pergelangan kaki kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, polis kini sedang berusaha mengesan waris mangsa untuk urusan pengecaman dan siasatan lanjut.