Mengaku sebagai pelanggan itu antara alasan yang diberikan sebaik premis hiburan diserbu.
Bagaimanapun hasil risikan dan pemantauan pihak polis mendapati mereka bekerja sebagai gro di premis terbabit.
Premis hiburan di Bandar Baru Klang ini diserbu pukul 11:30 malam oleh sepasukan polis dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.
Operasi turut disertai pegawai dan anggota cantas wanita.
Ketika serbuan gro terbabit sedang melayan pelanggan.
Mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari premis diserbu.
Hasilnya 14 wanita warga Vietnam, Thailand dan Iran ditahan.
Selepas diperiksa diadapti mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.
Ketika pemeriksaan dijalankan salah seorang wanita terbabit tiba-tiba pengsan dan dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan mendapati premis hiburan terbabit menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan.