Port Dickson: Polis menafikan berlaku kemalangan sehingga 30 penunggang motosikal maut di Port Dickson, malam tadi.
Berita palsu itu menjadi ‘viral’ di aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook kononnya berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal yang berkonvoi ke Port Dickson hingga menyebabkan 30 penunggang motosikal maut, 80 parah dan 60 cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha berkata, pengguna laman sosial diminta segera menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan.
“Penyebaran info palsu itu dikhuatiri mengganggu perjalanan pengunjung yang ingin bercuti di sini sekaligus menjejaskan imej Port Dickson,” katanya.
Katanya, semua individu perlu memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.