Laman sosial Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini digodam pihak tidak bertanggungjawab yang memperkenalkan diri mereka sebagai #AnonGhost.
Perkara itu disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, pada pukul 4.40 petang tadi, kedua-dua laman media sosial PDRM itu telah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa selepas digodam pada 2.20 petang.
Facebook PDRM Digodam IS
Laman sosial, Facebook milik Polis Diraja Malaysia digodam oleh kumpulan yang menggunakan nama #AnonGHost pada Isnin.
Setelah mengambil alih Facebook itu, kumpulan tersebut menukar gambar profil yang kelihatan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Sekeping gambar dengan perkataan ‘Khilafah Has Returned’ turut dimuat naik dalam laman Facebook itu.
Penggodam turut memuat naik entri bertajuk Viva Islamic State yang memaparkan gambar satu kumpulan bersenjata menyerupai kumpulan militan IS.
Selain itu, satu entri yang bertajuk #AnonGHost Was Here yang turut dikongsi ramai pengguna Facebook, dimuat naik penggodam tersebut.
Beberapa minit kemudian, PDRM mengesahkan Facebook rasminya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Dimaklumkan bahawa aman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang X B’TANGGUNGJAWAB. Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Tk,” twit PDRM.