Seramai 11 individu termasuk seorang pegawai bahagian pelesenan, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor.
Baki yang lain adalah sembilan pembantu penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang awam. Difahamkan, anggota PBT itu ditahan di pejabat mereka pada jam 9 pagi semalam manakala orang awam berkenaan di Selayang.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan tempoh tahanan reman berkenaan ke atas semua individu terbabit. Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.