Seorang pengurus pentas Astro AWANI dilaporkan parah ditikam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali malam tadi.
Mangsa, Ahmad Hawari Zakaria, 33 tahun, ditikam di bahagian perut dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian di Jalan Usahawan, mangsa dipukul oleh tujuh orang lelaki.
Katanya beberapa lelaki telah datang ke bilik mangsa sebelum berlaku pertengkaran yang mengakibatkan mangsa dipukul.
Ketika pergaduhan itu, seorang daripada penyerang telah bertindak menikam mangsa di badan.
Menurut Mohd Roy, suspek yang memukul dan menikam mangsa merupakan rakan kepada seorang wanita yang menyewa bilik bersebelahan bilik mangsa.
Motif awal kejadian dipercayai berpunca tidak berpuas hati.