#MalaysiaMemilih
#MalaysiaBaru #PakatanHarapanKenakanCukaiEksportMinyakSawit
#PerahKeringatRakyat #FaktaBukanAuta
1. Bonus raya dibayar lewat hanya selepas didesak berkali-kali oleh BN. Dan itupun, hanya RM400 iaitu kurang seratus berbanding dengan kerajaan dulu.
2. Negara China pengimpot kedua besar minyak kelapa sawit dan getah. Kerajaan baru asyik mengenakan negara China dan batalkan projek mereka dalam usaha berbau politik untuk hantam Najib. Tak mustahil, negara China yang pada tahun lalu janji kepada kerajaan lama nak naikkan impot sawit dan getah sudah tiba-tiba buat u-turn dan kurangkan mengimpot dari kita.
Oleh kerana nak mansuhkan GST, kerajaan baru telah terdesak dan kembalikan cukai ekspot 5% ke atas minyak sawit bermula bulan Mei walaupun cukai ini sudah dihentikan oleh kerajaan BN dulu pada mula tahun. Cukai ini turut beri tekanan kepada permintaan dan harga minyak sawit Malaysia. Menteri kewangan baru kita macam tidak kisah langsung.
Oleh itu, harga dan jumlah ekspot minyak sawit dan getah telah jatuh 20% sejak PRU14.
3. Diatas alasan tidak munasabah, minggu lepas semua negara-negara Eropah telah memutuskan untuk melarangkan semua impot minyak sawit bagi tujuan bahanapi biodiesel pada tahun 2030. Mereka juga memutuskan akan mengurangkan impot minyak sawit bermula tahun ini sehingga tahun 2030.
Kerajaan PH kita langsung tidak bersuara dan membantah langkah kejam gabungan negara2 Eropah ini macam tidak hiraukan nasib beratus ribu orang yang terlibat dalam industri pertanian utama kita.
Masa depan dan nasib pekebun2 kecil, peneroka2 dan ahli keluarga masing2 nampaknya semakin pudar selepas BN ditumbangkan.
https://pakdin.my/tag/felda
https://pakdin.my/tag/minyak-sawit