Katanya tak tidur malam, namun bukan sahaja 79 peratus rakyat ambil undian The Star tidak berpuashati dengan belanjawan 2019 malah pasaran saham dan penganalisa antarabangsa juga tak yakin dengan belanjawan 2019 PH.
Ini diburukkan lagi dengan keadaan di mana hampir setiap hari selepas belanjawaan PH itu, indeks Bursa Malaysia telah menurun termasuk pagi ini di mana indeks jatuh di bawah 1,700 mata.
Nilai Ringgit juga turun sehingga RM4.20 pagi ini iaitu 35 sen lebih rendah berbanding sebelum PRU14..
Berapa banyak kita kehilangan wang melaluinya? Kejatuhan ini juga tunjukkan kita kehilangan keyakinan pelabur asing.
Jika tidak diperbetulkan, ekonomi kita akan terus merosot.
Biarpun Tony Pua kata tindakan Moody’s untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif. bukan satu “downgrade” dan Guan Eng berkata beliau tidak setuju dengan tindakan Moody’s ini untuk “downgrade”, pasaran saham dan kekayaan negara tetap terima kesan negatif.
Sumber: Facebook Najib Razak