Tahun ini peneroka Felda menyambut Hari Raya Aidil Fitri secara ala kadar. Maklumlah, harga sawit dan getah berada di bawah paras kemiskinan. Bantuan hari raya pun cuma RM300. Itu pun lepas peneroka mengamuk.
Alasan yang diberikan oleh Kerajaan PH adalah Felda dan Felda Global Ventures (FGV) Holding rugi disebabkan pentadbiran Kerajaan lalu. Oleh itu, Kerajaan PH tidak boleh bagi duit raya yang banyak kepada peneroka.
Oleh itu, sambutan Hari Raya FGV pun sekadar ala kadar sahaja. Makanan yang ada cuma rendang sawit. Bagi bersimpati dengan nasib peneroka Felda, kakitangan dan pengurusan FGV berjoget menghiburkan hati. Sedih kan?
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN DEPAN JOGET LA LAGI
Oleh Cucu Tok Selampit
LIHAT VIDEO: https://youtu.be/GuPlIx9s4Os