KUALA KRAI — Seorang lelaki yang disyaki cemburu terhadap isterinya nekad menggantung diri sehingga mati.
Pemangku ketua polis Kuala Krai berkata buruh berusia 25 tahun menggantung diri kira-kira 100 meter di belakang rumahnya, lapor Harian Metro.
“Pada 1 tengah hari, wanita itu melihat suaminya keluar dari rumah sambil memegang tali.
“Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menemui lelaki itu menggantung diri di belakang rumah,” kata DSP Wan Fauzi Wan Ishak.
Lelaki berkenaan dilaporkan turut meninggalkan sekeping nota dalam saku baju yang tertulis: “Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang, assalamualaikum Salam terakhir.”
Polis berkata sebelum kejadian, lelaki berkenaan sempat mengambil isterinya pulang dari tempat kerja.
Namun setibanya di rumah, mereka dilaporkan berbalah selepas lelaki berkenaan cemburu terhadap isterinya.