Selepas tular di media sosial mengenai kedudukan anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof yang menjadi Setiausaha akhbar kepada Menteri Kewangan, nama Mohamad Lutfi Hakim Bin Mohamad Ariff, hari ini tiada lagi dari laman derektori kementerian Kewangan.
Melalui semakan admin pada jam 4.00 petang ini nama Mohamad Lutfi Hakim Bin Mohamad , yang memegang jawatan setiausaha akhbar kini tidak lagi berada di dalam Direktori kementerian Kewangan https://www.treasury.gov.my/index.php/hubungi-kami/direktori-pegawai.html
Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau tidak akan bertindak berat sebelah walaupun anaknya merupakan setiausaha akhbar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Ini bukan perkara yang saya nak sorok, memang (anak saya bekerja dengan Lim), tapi anak saya 31 tahun, mungkin 32 tahun sekarang dan dia bebas bekerja di mana dan di bawah siapa pun.
“Jadi, ini saya ingat bukan penting. Yang penting sama ada saya bertindak secara bebas, tidak dipengaruhi sesiapa saja. Saya tak anggap perkara ini serius, ia normal,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) membangkitkan persoalan banyak pihak mempertikaikan keputusannya semalam menolak usul merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengenai isu pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mengelirukan Dewan Rakyat.
adalah menjadi kemuskilan apabila pihak pentadbir laman rasmi kementerian kewangan memadam nama anak kepada speaker Dewan Rakyat dari direktori rasmi kementerian.
Hasil analisis terhadap video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri oleh CyberSEcurity Malaysia (CyberSecurity) mengesahkan bahawa kebarangkalian video terbabit tulen adalah tinggi.
Namun Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pengecaman wajah individu dalam video tersebut adalah negatif.
Berikutan itu, katanya, pihaknya tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan.
Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa individu dalam video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan itu adalah beliau dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.
“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.
“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” kata Haziq melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosiali.
Abdul Hamid berkata, hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati video itu dihasilkan oleh pihak yang diupah ratusan ribu ringgit.
“Wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik yang bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.
“Video disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyaralat tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.