SEPANG: Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.
“Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.