Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan propaganda BN adalah “Barang Naik”. Ini adalah slogan propaganda pembangkang masa PRU13 yang lepas. Menjelang PRU14 ini, slogan ini akan diulang semula.
Slogan itu dimain kononnya, jika pembangkang menang maka segala harga barang dan kos sara hidup rakyat akan jadi lebih murah. Dalam PRU13 yang lepas, pembangkang buat teori kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun juga.
Minggu lepas, harga minyak turun 10 sen, terbanyak sejak April tahun lepas. Ada nampak harga barang turun? Tiada. Ternyata teori yang dibuat pembangkang itu silap dan hanya andaian sahaja.
Pernah dengar negeri yang diperintah pembangkang beri subsidi pada rakyat? Tiada. Kerajaan yang masih memberikan subsidi kepada rakyat adalah kerajaan BN. Ini cara kerajaan BN bantu rakyat.
Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaruh dengan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Banyak subsidi diberikan kerajaan BN kepada rakyat. Subsidi ini secara tidak langsung telah membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Baca pautan ini :
https://pakdin.my/rm3-9-bilion-tersedia-untuk-subsidi-barangan-rakyat-2018-najib-razak/
Dalam Bajet 2018, tahun ini kerajaan beri RM3.9 bilion subdisi barang dan pengangkutan seperti gas masak, tepung dan minyak masak. Selain itu, kerajaan juga sediakan subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.
Kadar tarif elektrik di Malaysia adalah yang ke 4 termurah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan. Kalau perjanjian berat sebelah dalam IPP tidak distruktur semula oleh 1MDB, kadar elektrik Malaysia tidak akan jadi seperti hari ini.
http://utusan.com.my/berita/nasional/video-tarif-elektrik-keempat-terendah-di-dunia-1.602860
Kerajaan BN juga beri subsidi sebanyak RM26.5 bilion untuk sektor kesihatan. Pergi klinik kesihatan kerajaan masih bayar RM1. Semua rakyat dapat.
Sejak 2012, yuran persekolahan diberi subsidi oleh kerajaan. Anak masuk sekolah dapat RM100. Yuran pengajian universiti pula sudah disubsidi 90 peratus.
Pesawah dapat RM200 elaun bulanan sementara menunggu musim menuai. Nelayan pun dapat subsidi. OKU dan warga emas pun dapat manfaat dari kerajaan BN. Inilah cara kerajaan BN membantu rakyat
Bukan seperti kerajaan PKR-DAP di Selangor yang menaikkan cukai sampai 400%. Tanah rakyat di Ijok diserah kepada syarikat RM2 biarpun kesnya masih belum selesai di mahkamah. Rakyat Selangor kena caj plastik 20 sen.
https://pakdin.my/?s=Cukai+pintu
https://pakdin.my/?s=tanah+ijok
Di Selangor, 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, di bawah pentadbiran MBSA dinaikkan 72 peratus dan di bawah MBPJ sebanyak 120 peratus.
Selangor juara dalam segala hal. Juara denggi, juara jalan berlubang, juara masalah air dan juara sampah. Selangor bukan lagi juara dalam bolasepak kerana pasukan bola negeri itu dihalau dari stadium sendiri dan terpaksa bermain di atas padang pasir.
Di Kampung Sungai Yu, Azmin agih tanah secara tidak telus kepada kroni dan orang luar yang tidak penuhi kelayakan. Skandal MBI-Unisel-Jana Niaga Sdn Bhd, RM16 juta. Skandal SPLASH RM2.975 billion. Skandal YAWAS, RM500 juta.
Malah duit warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas, SMUE pun diseleweng dan dibalun oleh kerajaan Azmin. Selangor yang penuh dengan skandal, termasuklah skandal “aiskrim” Azmin Ali.
Janji yang dibuat oleh PKR-DAP semasa PRU13 tidak pun ditunai pada rakyat. Mereka sibuk gaduh rebut kuasa sama sendiri. Gelar orang itu bohong, digelar balik sebagai badut. Apakah ini untungkan rakyat?
Rakyat tidak dapat apa apa bila naiknya kerajaan pembangkang di Selangor. Segala benda dinaikkan kadarnya dan kemudian mereka asyik gaduh sahaja sama sendiri.
Di Selangor rumah rakyat dibatal. Sama jugalah di Pulau Pinang, tiada rumah rakyat. Rumah mampu tengok banyak didirikan. Yang murah hanya rumah Guan Eng sahaja yang dibeli di bawah harga pasaran.
Duit RM305 kajian terowong lesap.
Sejak dari 2011 hingga ke hari ini, dianggarkan sebanyak RM16 bilion nilai tanah telah ‘digadai’ oleh Guan Eng. Duit jual tanah entah lesap ke mana.
25 kampung Melayu sudah hilang dari peta Pulau Pinang. Tanah runtuh hingga mati berbelas orang. Hingga banjir lebih seratus kali di Pulau Pinang. Kilang haram sampai mati 7 orang.
https://pakdin.my/?s=kilang-haram
https://pakdin.my/?s=banjir-pulau-pinang
Guan Eng tambah gaji bila ada berbelas jawatan. Peruntukan bajet untuk pejabat Ketua Menteri naik berkali ganda setiap tahun. Bajet terus defisit. Bila ada ADUN DAP dan PKR bantah Guan Eng, terus kena pecat.
Ini cara kuku besi Guan Eng. Sama juga seperti Azmin, sekat peruntukkan pada orang PAS. Janji hendak mansuh tol di Sungai Nyiur masih lagi tidak ditunai selepas 10 tahun naik jadi kerajaan di Pulau Pinang. Tarif air naik empat kali.
https://pakdin.my/?s=peruntukan+adun
https://pakdin.my/mansuhkan-tol-pembangkang-terbukti-berjanji-kosong-dan-hipokrit-sahaja/
Semua skandal dan permasalahan yang berlaku ini menyusahkan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Apa nikmat rakyat dapat dari pergaduhan pembangkang di dua negeri itu? Tidak dapat apa.
Rakyat hanya tengok sekumpulan orang yang gila kuasa merebut jawatan. Lupa pada janji masa musim mengundi. Menyusahkan rakyat. Ada rakyat Selangor dan Pulau Pinang dapat nikmat harga barang murah atau rumah murah bila DAP dan PKR jadi kerajaan? Tiada.
Kali ini bila dekat musim mengundi sekali lagi, maka datanglah lagi propaganda lapuk pembangkang sekali lagi iaitu “BN = Barang Naik”. Jangan terpedaya lagi.
BN sudah bantu rakyat banyak sekali menerusi pelbagai subsidi dan BR1M. Petang tadi, Singapura juga telah tiru BR1M yang dibuat di Malaysia.
Dalam pembentangan bajet 2018, kerajaan Singapura perkenalkan “SG Bonus” dengan peruntukan sejumlah $700 juta untuk individu berusia 21 tahun. SG Bonus akan diberi berdasarkan jumlah pendapatan iaitu sejumlah $300, $200 dan $100.
Sebelum ini, Thailand, Indonesia, Arab Saudi sudah meniru cara BR1M, kini Singapura pula. Ini bukti bahawa dasar kerajaan BN dalam membantu rakyat sudah mula diikuti negara lain.
Bukti apa yang kerajaan BN buat untuk bantu rakyat adalah dasar yang betul bukannya menyusahkan rakyat seperti kerajaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.
Tulisan :
Beruang Biru
BB785, Isnin
19 Februari 2018