Untuk merangsang ekonomi mereka, Bank Negara Jepun telah melaksanakan polisi “negative interest rates” ataupun kadar faedah di bawah sifar pada tahun 2016.
Polisi ini masih berkuatkuasa hari ini di mana bank-bank di Jepun tidak dibayar apa-apa faedah malah dikenakan caj jika mereka mahu menyimpan wang dalam bentuk tunai ataupun bon pinjaman.
Oleh itu, kadar faedah yang rendah untuk Bon Samurai yang diumumkan baru-baru ini ialah kebiasaan dan tiada kaitan dengan cerita “kerajaan bersih” yang cuba dijaja oleh Lim Guan Eng tadi.
Tidak salah untuk kerajaan PH yang mahu menerbitkan bon sebanyak 200 bilion yen (RM7.4 bilion) dalam matawang yen dengan kadar faedah 0.65% biarpun ia lebih tinggi dari kadar faedah bank di Jepun pada masa ini.
Tetapi apa yang perlu kita pastikan ialah menjaga dari kemungkinan kadar FOREX matawang Jepun berbanding Ringgit tiba-tiba naik, sekaligus menaikkan hutang kita walapun kadar faedah rendah.
Adakah kerajaan PH sudah mengambil langkah ini?
Ini bukan kali pertama, negara kita meminjam dari Jepun dengan kadar faedah yang sangat rendah. Sebaliknya, ini ialah kebiasaan pada tahun 1980an dan awal 1990an.
Pada masa itu, selepas kita pinjam, matawang Yen naik tiga setengah kali ganda berbanding Ringgit dan menyebabkan negara menanggung pembayaran balik yang jauh lebih tinggi biarpun kadar faedah rendah.
Pada tahun 1994, PM ke-4 pernah mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi mahu meminjam dari Jepun kerana negara Jepun pada masa itu enggan memberi sebarang potongan walaupun tahu kos pembayaran balik hutang kita kepada mereka telah naik berganda akibat kenaikan nilai matawang Yen.
Pinjaman-pinjaman dari Jepun ini biasanya ada syarat bahawa projek-projek kita mesti dianugerahkan kepada syarikat dari Jepun seperti KLCC, KLIA dan banyak lagi dahulu
Oleh kerana bimbang bahawa peristiwa masa silam akan berulang, kerajaan BN dalam tempoh sepuluh tahun sebelum ini tidak banyak meminjam di dalam matawang asing ataupun dari Bank Dunia mahupun IMF.
Untuk pinjaman dari negara China bagi projek ECRL di mana kadar faedah ialah 3.25% itu, kita telah menetapkan kadar FOREX untuk menghapuskan risiko FOREX.
Dalam kes 1MDB pula, pinjaman dalam matawang dolar Amerika Syarikat juga diimbangi dengan pembayaran dan aset dalam matawang dolar juga – sekaligus menghapuskan risiko FOREX.
Inilah yang kita tuntut dari IPIC untuk membayar balik kepada kita sebelum 30 Disember 2020 seperti terletak di dalam perjanjian penyelesaian dengan IPIC yang ditandatangan pada April 2017.
Sumber:
Facebook Najib Razak
Rujukan:
https://www.bharian.com.my/node/119431
https://pakdin.my/dulu-kita-tak-kata-pun-mahathir-jual-negara-kepada-jepun/
Bank of Japan adopts negative interest rate policy
https://www.cnbc.com/2016/01/28/bank-of-japan-adopts-negative-interest-rate-policy-reuters.html