Berhati-hati: ‘Posting di Facebook yang menjadi Viral mendakwa pesawat MH370 telah dijumpai mengandungi cebisan malware pada pautan kepada kaji selidik palsu yang diberikan oleh hacker, mereka mengambil kesempatan dan keuntungan daripada orang ramai yang kini terlalu berminat dengan kisah tragedi pesawat tersebut.
‘Posting’ mengandungi video yang kelihatan sahih dengan dakwaan bahawa pesawat telah ditemui di pelbagai tempat, dari Segitiga Bermuda dan tempat-tempat yang telah dikesan di laut, serta ramai yang yang memberi maklumbalas penumpang-penumpangnya adalah “hidup” atau “diselamatkan”.
Chris Boyd, seorang penganalisis perisikan malware untuk Malwarebytes , memberitahu bahawa syarikatnya pertama kali melihat pautan disebarkan di Twitter, dengan “adunan tweet yang akan di ‘post’ ke Facebook seterusnya dipaut kepada kumpulan baru spamblogs, rangkaian penipuan kaji selidik atau portal berita tiruan ” .
Serengah laman video palsu meminta orang ramai untuk berkongsi kumpulan (‘groups’) seperti “Doa untuk MH370” di Facebook, manakala pautan seterusnya mengajak pengguna untuk ke portal berita yang kelihatan sahih di mana pengguna perlu klik “kongsi” sebelum dapat menonton video.
Penipuan sama pernah berlaku semasa kejadian bencana sebelumnya ini seperti Tsunami Jepun dari 2011 dan gempa bumi Filipina tahun lepas.Hackers kemudiannya meraih keuntungan daripada kaji selidik palsu apabila pengguna mengikuti pautan dalam ‘post’ berkenaan, manakala pengguna yang mengisi kaji selidik akan mengongsikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga yang akan membeli maklumat peribadi anda untuk tujuan tertentu.