Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak seharusnya terbawa-bawa sentimen kemenangan di PRN Melaka dan harus menyusun strategi sebaik mungkin.
“Masalah atau isu pembahagian kerusi kita belum lihat dan kita buat setelah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN.
“Saya dan rakan-rakan akan berbincang strategi dan taktikal untuk strategi dan seperti saya sebut, PRN Johor ini penting dan tak semudah disangka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina parti MCA, di sini hari ini.
BACA juga: