1MDB: Arul Kanda hadir prosiding PAC

1mdb-arul-prosiding-pac

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada Selasa.

Beliau yang tiba pada kira-kira pukul 10.20 pagi ditemani oleh beberapa kakitangan dan pegawai perundangan dari 1MDB.

PAC ARUL KANDA 01 “Ya, kita telah bersedia untuk prosiding,” kata Arul Kanda kepada media.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dipanggil berhubung siasatan PAC terhadap pengurusan dan kewangan syarikat berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, laporan penuh jawatankuasa itu mengenai prosiding 1MDB dijangka siap pada Mac tahun depan.

Semalam bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir prosiding PAC.

Menurut Hasan di dalam prosiding itu, Shahrol telah memberikan kerjasama yang memuaskan dan menjawab segala soalan yang ditujukan kepadanya.

Begitu juga semua ahli-ahli PAC telah berkesempatan bertanya soalan yang begitu memuaskan daripada segi semua aspek mengenai Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB.

10 Replies to “1MDB: Arul Kanda hadir prosiding PAC