Anggota Polis Maut Dihentak Dengan Besi - pakdin.my

MELAKA – Seorang anggota polis maut selepas dihentak dengan besi oleh tiga lelaki yang dipercayai terbabit kegiatan curi lori dan besi buruk di Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka pagi tadi.Anggota Polis Maut Dihentak Dengan BesiMangsa Koperal Zal Azri Abdul Somad, 31 tahun, mati di kawasan sebuah kilang besi buruk dipercayai selepas bergelut dengan tiga suspek berusia antara 17 hingga 23 tahun.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa bersama empat anggota bersama seorang Bahagian Jenayah D4 Ibu Pejabat Kontijen Melaka menyerbu kilang besi buruk.

Sebahagian anggota menunggu di luar manakala mangsa masuk ke kawasan kilang.

Ketiga-tiga suspek dipercayai menyerang mangsa dengan besi menyebabkan mangsa parah dan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata ketiga-tiga suspek berjaya meloloskan diri dan dua daripadanya berjaya ditahan di Taman Seri Kerubong Melaka tiga jam berikutnya.

UTAMABERITAAnggota Polis Maut Dihentak Dengan Besi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium