APABILA PANDIR MENYALAK, TUNTUT MEWARIS DUNIA - pakdin.my

Referendum di United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah adalah contoh paling baik untuk menunjukkan bahawa gerakan populis boleh berjaya, walaupun tanpa kepandaian dan kebijaksanaan yang di perolehi dari pembelajaran, pemikiran lojik dan pendidikan.

Telah banyak dilaporkan bahawa orang-orang yang memilih Brexit terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah, dan yang tidak tahu menahu, atau peduli untuk mengetahui, selok-belok bagaimana sesebuah ekonomi Eropah berfungsi. Mereka mengundi dengan emosi mereka, bukan dengan minda rasional mereka.

Kini, kita boleh lihat fenomena yang sama di Amerika Syarikat. Kebangkitan Donald Trump sebagai calon Presiden hanya dapat berlaku kerana terdapat cukup bilangan rakyat Amerika percaya bahawa Barrack Obama adalah seorang Muslim.

Saya amat risau trend ini kini merebak ke negara tercinta kita, Malaysia.

Berulangkali saya lihat penyokong-penyokong anti-kerajaan tidak mampu berfikir panjang, sebaliknya menggunakan emosi dan kesimpulan yang naif atau tanpa lojik dan fakta yang sewajarnya.

Setentunya, ekonomi dunia sekarang bergelora terumbang ambing.

Julung kalinya sejak Peperangan Dunia Kedua kesemua kuasa-kuasa besar (superpowers) mengalami serentak kelembapan di dalam pertumbuhan ekonomi mereka, membuatkan dunia tidak mempunyai enjin penjana merancakkan pertumbuhan ekonomi global.

Amerika Syarikat masih belum kembali pada pertumbuhan ekonomi yang dikecapi sebelum krisis kewangan 2008, dan besar kemungkinan dijangka tidak pertumbuhan sebegitu kembali lagi. Pertumbuhan ekonominya masih lembab dan tidak bermaya.

Ekonomi negara-negara Eropah masih berkemelut, dengan Berlin masih bertegas mengetatkan ikatan fiskal. Sikap kurang arif dan dogmatik ini menolak sama-sekali pandangan bahawa sesuatu ekonomi yamg lembap hanya boleh berkembang kembali apabila adanya perbelanjaan awam yang kukuh.

Sikap ini telah menyebabkan penderitaan dialami keseluruhan penduduk Greece, Itali dan Sepanyol, dan beberapa negara-negara EU Balkan lain untuk hampir tempuh sedekad sudah.

Justeru, sekarang terdapat segmen populasi dunia, termasuk rakyat Malaysia, yang keliru mengapa mereka mengalami kekurangan kuasa membeli dan sebab-sebab kejatuhan taraf hidup mereka.

Mereka menyalahkan kerajaan.

Malangnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kecil. Ekonomi kita tidak cukup besar untuk mempengaruhi pasaran dunia, mempengaruhi harga minyak sawit, petroleum dan gas, malah, secara terhad, matawang Ringgit kita sendiri.

Pada tahun ini negara kita telah mengalami kekurangan sehingga tahap 50% ekspot minyak kelapa sawit ke negara Cina, adakah ini kesalahan Kerajaan Barisan Nasional?

Adakah ia kesalahan kerajaan Barisan Nasional juga, di mana pendapatan Petronas yang dahulunya berdasarkan harga pasaran petroleum USD80 se tong, harga minyak sekarang berada di tahap 50% kurang dari sebelumnya?

Dan adakah juga salah kerajaan Barisan Nasional kilang2 multinasional antarabangsa menggurangkan tenaga pekerja mereka dan ada juga menutup kilang mereka di Malaysia?

Negara kita telah mengalami situasi kegawatan ekonomi dua kali. (Kegawatan ekonomi adalah dimana KDNK – Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah negatif. Ini bermakna ekonomi kita menguncup.) Tetapi perlu di tegaskan KDNK kita pada masakini adalah positif dan diramalkan di tahap 4.0%-4.5% pada tahun ini.

Kegawatan ekonomi yang pertama adalah pada tahun 1985-1986 dan yang kedua adalah pada 1997/98.

Kebanyakkan orang muda kita tidak pernah mengalami situasi kesusahan tersebut.

Sejak mereka dilahirkan, hidup mereka dibuai dengan pertumbuhan ekonomi yang rancak lagi stabil.

Kini, berikutan kegawatan ekonomi global, mereka gentar kerana minda mereka tidak cukup mahir untuk memproses apa yang sedang berlaku di dunia ini.

Lebih menyedihkan, mereka tidak membaca berita antarabangsa atau mempelajari trend ekonomi domestik dari sumber yang sah.

Apa mereka baca hampir terdiri daripada propaganda negatif yang bermotifkan politik. Ini mempengaruhi fikiran mereka, dan amat menyedihkan lagi, mereka tidak memperolehi cukup daya intelek untuk menapis dan menimbang apa itu fakta dan apa itu dongeng.

Dan mereka ada hati mahu menentukan kerajaan negara ini?

Sesungguhnya, seperti di Amerika Syarikat, kita semua harus gentar apabila yang kurang bijaksana ingin menuntut menguasai dunia.

20161013-malaysia-bankrap

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208739549540107&id=1053139405
 

UTAMAPOLITIKAPABILA PANDIR MENYALAK, TUNTUT MEWARIS DUNIA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium