Bangsa Cina membayar 90% daripada keseluruhan cukai di Malaysia? – Kenyataan Bermotivasi Perkauman - pakdin.my

Ini merupakan suatu propaganda bermotivasi perkauman yang sering disebarkan oleh DAP untuk menghasut kemarahan dan rasa lebih berkelayakan bangsa Cina.

Tetapi ia adalah sama sekali tidak benar.

Pada tahun 2014, Jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan adalah RM172 bilion.

cukai langsung adalah RM133 bilion yang terdiri daripada:

– Cukai korporat: RM67bilion

– Cukai pendapatan petroleum: RM28.3 bilion

– Manakala cukai pendapatan individu hanya: RM26.7 bilion.

Kerajaan mengutip Cukai tidak langsung sebanyak RM38.6 bilion yang terdiri daripada cukai jualan, perkhidmatan, cukai eksais dan duti setem.

Pada tahun 2014, 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia, termasuk Petronas, Tenaga, Axiata, Maybank dan lain-lain, membayar RM63.5 bilion dalam jumlah cukai – atau 37% daripada SEMUA hasil cukai oleh Kerajaan bagi tahun itu.

Dengan andaian bahawa tiada kaum atau warga bukan cina lain yang membayar cukai walau 1 Ringgit – sama ada cukai pendapatan atau cukai korporat atau membeli apa-apa kereta atau membayar apa-apa duti setem – ia masih tidak ada kemungkinan hanya orang Cina yang membayar 90% daripada keseluruhan cukai di Malaysia.

Selain daripada entri Wilkipedia bertajuk “Cina di Malaysia” yang memetik sumber Tweet yang meragukan oleh pemimpin DAP Zaid Ibrahim atau sebelum ini, kenyataan sepintas lalu daripada Tun Mahathir pada tahun 2006 apabila beliau berkempen menentang Pak Lah, tidak ada bukti bahawa cina membayar 90% daripada semua cukai di Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh mengedit entri Wikipedia dan ia kelihatan seperti ada orang nakal telah berbuat demikian berdasarkan sumber-sumber yang tidak benar.

Malah, ketua LHDN itu dalam tahun 2010 mengatakan yang Cina membayar 90% daripada semua cukai adalah “salah faham” dan menyebut beberapa angka untuk mengatakan ini tidak mungkin.

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2010/02/20/your-10-questions/

Jadi, sila berhenti menyebarkan propaganda bermotivasi perkauman yang tidak benar yang direka oleh DAP untuk menghasut ketegangan kaum dan menimbulkan kebencian.

Jika anda adalah seorang Cina dan anda adalah salah seorang daripada yang bertuah yang telah membayar banyak cukai maka ia adalah baik untuk anda – kerana ia bermakna anda telah berjaya meraih keuntungan atau pendapatan yang besar di negara bertuah ini.

LSS.

*************

Rujukan:

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1415/bab4.pdf

“Your 10 Questions – IRB”
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2010/02/20/your-10-questions/

“Top Malaysian GLCs tripled worth in decade, Putrajaya reveals”
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/top-malaysian-glcs-tripled-worth-in-decade-putrajaya-reveals

UTAMAEKONOMIBangsa Cina membayar 90% daripada keseluruhan cukai di Malaysia? - Kenyataan Bermotivasi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium