BANJIR: 3,200 ekor ayam jatuh gaung - pakdin.my

lori-bawa-ayam-masuk-gaung-grik

“Lima lori saya tidak dapat menghantar bekalan ayam hidup ke Kota Bharu. Satu daripadanya terjunam ke dalam gaung, bagaimanapun pemandunya selamat,” kata Zukila Draman, 36.

Zukila atau terkenal dengan panggilan Jukee Ayam adalah pemilik lori yang terjunam ke dalam gaung selepas jalan runtuh di Kilometer 63 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, 8.40 malam tadi.

Terdahulu, gambar mengenai kejadian berkenaan tersebar di laman sosial dengan pelbagai andaian.
Menurutnya, lori yang terjunam ke dalam gaung itu membawa muatan 3,200 ekor ayam.

“Hari ini saya terpaksa menutup perniagaan berikutan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad mengesahkan kejadian itu.

Katanya, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

UTAMABERITABANJIR: 3,200 ekor ayam jatuh gaung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium